Thursday, March 18, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Contoh gambar keropok lekor yang telah dibungkus & sedia untuk dipasarkan

Cara pembungkusan yang efisien..

Cara hidangan

Salah satu contoh jenis keropok di Malaysia...

Keropok lekor yang sudah digoreng

Keropok lekor sangat terkenal sejak turun temurun.

CARA DAN TIPS-TIPS PENYIMPANAN KEROPOK

Seperti produk yang lain, cara penyimpanan produk perlu dibuat dengan lebih efisien agar ketahanan dan mutu serta kualiti produk tersebut dapat dijamin secara berterusan. Salah satu tempat penyimpanan yang sesuai digunakan untuk menyimpan keropok adalah sebuah meja yang mempunyai jaring penutup. Jaring tersebut perlu digunakan untuk melindungi keropok daripada dihinggapi lalat atau segala benda yang dapat memudaratkan makanan . Keropok juga tidak boleh disimpan di tempat yang bersuhu terlalu panas atau lembap. Hal ini kerana jika diletakkan di tempat tersebut keropok akan mudah rosak dan menyebabkan menjadi berkulat.Dengan tips-tips yang telah diberikan, anda akan dapat menjaga dan menguruskan keropok anda dengan baik.

JENIS BAHAN YANG DIGUNAKAN

Pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk membuat keropok. Ianya terpulang kepada minat dan citarasa anda sendiri.Antara dua jenis isi ikan yang selalu digunakan untuk membuat keropok adalah isi ikan tamban dan isi ikan parang. Ini kerana rasanya lebih sedap berbanding isi ikan yang lain jika digunakan untuk membuat keropok. Bekalan isi ikan ini juga boleh didapati dari pelbagai kilang ikan dengan harga yang boleh dirunding.