Thursday, March 18, 2010

Wednesday, March 17, 2010

Contoh gambar keropok lekor yang telah dibungkus & sedia untuk dipasarkan

Cara pembungkusan yang efisien..

Cara hidangan

Salah satu contoh jenis keropok di Malaysia...

Keropok lekor yang sudah digoreng

Keropok lekor sangat terkenal sejak turun temurun.

CARA DAN TIPS-TIPS PENYIMPANAN KEROPOK

Seperti produk yang lain, cara penyimpanan produk perlu dibuat dengan lebih efisien agar ketahanan dan mutu serta kualiti produk tersebut dapat dijamin secara berterusan. Salah satu tempat penyimpanan yang sesuai digunakan untuk menyimpan keropok adalah sebuah meja yang mempunyai jaring penutup. Jaring tersebut perlu digunakan untuk melindungi keropok daripada dihinggapi lalat atau segala benda yang dapat memudaratkan makanan . Keropok juga tidak boleh disimpan di tempat yang bersuhu terlalu panas atau lembap. Hal ini kerana jika diletakkan di tempat tersebut keropok akan mudah rosak dan menyebabkan menjadi berkulat.Dengan tips-tips yang telah diberikan, anda akan dapat menjaga dan menguruskan keropok anda dengan baik.

JENIS BAHAN YANG DIGUNAKAN

Pelbagai jenis ikan boleh digunakan untuk membuat keropok. Ianya terpulang kepada minat dan citarasa anda sendiri.Antara dua jenis isi ikan yang selalu digunakan untuk membuat keropok adalah isi ikan tamban dan isi ikan parang. Ini kerana rasanya lebih sedap berbanding isi ikan yang lain jika digunakan untuk membuat keropok. Bekalan isi ikan ini juga boleh didapati dari pelbagai kilang ikan dengan harga yang boleh dirunding.

CARA PEMBUNGKUSAN KEROPOK

Salam... Kepada semua pembaca laman blog ini. Seperti produk yang lain juga, keropok memerlukan pembungkusan yang kemas dan rapi. Antara salah satu cara untuk membungkus atau mengepek keropok kering adalah dengan menggunakan sealer dan plastik yang jernih. Tujuan menggunakan bahan tersebut adalah supaya ia lebih kelihatan lebih cantik dan menarik ia juga dapat memberi kemudahan kepada pembeli untuk membawa. Seterusnya, proses melabel dilaksanakan dan setelah siap keropok sedia untuk dijual dan sedia untuk dipasarkan.Dengan ini anda akan dapat menghasilkan produk yang baik dan bermutu.
Harap anda berminat dengan cara pembungkusan yang telah ditunjukkan di atas.

Tuesday, March 16, 2010

Jenis-jenis & Cara Untuk Membuat Keropok Lekor



Antara jenis-jenis keropok yang popular di Malaysia adalah seperti , keropok kering , keropok lekor, keropok losong, keropok udang, keropok sosej, dan berbagai-bagai lagi. Antara bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor ialah isi ikan, tepung ubi, garam , gula dan ajinomoto. Cara yang pertama, masukkan isi ikan, garam, gula dan ajinomoto ke dalam mesin pembancuh dan putarkan sehingga larut semua bahan yang di masukkan tadi dalam jangka masa 15 minit.Seterusnya cara yang kedua masukkan tepung ubi ke dalam bancuhan tersebut sehingga sebati. Setelah sebati, proses menggentel dilaksanakan dan keropok yang telah digentel akan dimasukkan ke dalam air yang telah mendidih sehingga masak. Keropok yang telah masak sedia digoreng dan dihidangkan.





CONTOH KEROPOK LEKOR YANG TELAH DIHASILKAN

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum...Blog ini akan menberitahu anda tentang cara membuat dan menghasilkan sejenis makanan yang selalunya diminati khalayak ramai. Blog ini juga dapat memberi manfaat kepada anda untuk menghasilkan sejenis produk yang bermutu.Disamping itu anda juga boleh mendapatkan bekalan di :

NO 30 KG SISEK 86900 ENDAU, JOHOR
NO TEL; 019-7134290/016-7679140