Tuesday, March 16, 2010

Jenis-jenis & Cara Untuk Membuat Keropok Lekor



Antara jenis-jenis keropok yang popular di Malaysia adalah seperti , keropok kering , keropok lekor, keropok losong, keropok udang, keropok sosej, dan berbagai-bagai lagi. Antara bahan yang digunakan untuk membuat keropok lekor ialah isi ikan, tepung ubi, garam , gula dan ajinomoto. Cara yang pertama, masukkan isi ikan, garam, gula dan ajinomoto ke dalam mesin pembancuh dan putarkan sehingga larut semua bahan yang di masukkan tadi dalam jangka masa 15 minit.Seterusnya cara yang kedua masukkan tepung ubi ke dalam bancuhan tersebut sehingga sebati. Setelah sebati, proses menggentel dilaksanakan dan keropok yang telah digentel akan dimasukkan ke dalam air yang telah mendidih sehingga masak. Keropok yang telah masak sedia digoreng dan dihidangkan.





CONTOH KEROPOK LEKOR YANG TELAH DIHASILKAN

No comments:

Post a Comment

Post a Comment